Jumaat, 7 Mac 2014

PENGENALAN DIRI

Assalamualaikum kepada semua peminat ayam sabung sejati yang tidak terlibat dengan sebarang unsur perjudian yang amat dimurkai Tuhan. Minat terhadap ayam sabung rupanya masih ada mengalir dalam diri walaupun berpuluh tahun hobi ini ditinggalkan. Moga lebih ramai lagi insan peminat ayam sabung yang menghayati kecantikan dan keberanian spesis ini, namun bersih dari sebarang unsur perjudian. Menyabung hanya untuk seni semata.